Saturday, 26 July 2014

Lagu yang 'kena' dengan mood saya sekarang

Memandangkan tinggal satu hari sahaja sebelum jelmanya hari raya, lagu yang 'kena' dengan mood saya sekarang ialah lagu rayaaa!! Apa-apa lagu raya yang keluar di radio, saya akan ikot nyanyi bersama. Tidak kiralah sama ada, lagu itu saya tahu lirik nya ataupun tidak. Saya akan cuba dan hentam sahaja. Tetapi lagu yang betul-betul 'kena' dengan mood saya ialah lagu 'Di pinggiran Aildilfitri'. Lagu ini 'kena' dengan mood saya kerana lagunya amat rancak dan mengingatkan saya memori saya dan kawan-kawan saya melakukanndikir barat menggunakan lagu ini pada beberapa tahun yang lalu, semasa sambutan hari raya di sekolah kami. 

Lagu 'Suasana Di Hari Raya' juga amat 'kena' dengan mood saya. Apapun, semua lagu yang rancak dan ada kena-mengena dengan hari raya, adalah lagu yang KENA dengan mood saya! Hahaha! Sedang saya sekeluarga mengemas rumah dan menyediakan semua benda untuk raya, kami bernyanyi-nyanyi sesama untuk memeriahkan lagi rasa kegembiraan untuk menyambut hari raya yang akan datang. Sekarang, saya sudah penat mengemas dan sudah bosan, memandangkan ramai orang keluar pada hari ini, dan saya harus duduk rumah. 

Hmmm. Saya tidak tahu ingin bualkan apa lagi, maka saya ingin mengucapkan selamat hari raya kepada semua, maaf zahir dan batin! Halalkan makan minum saya, kita akan berjumpa lagi bila buka sekolah dan jangan lupa duit raya hoorrr! Cheh! Hahahaha! Maaf ye cikgu, jika saya banyak merapu di blog ini! Selamat hari raya!! 

Thursday, 24 July 2014

Gambar barang yang terakhir saya beli

Salam Jumaat semua! Sesungguhnya, hari ini, hari Jumaat yang terakhir di bulan Ramadhan. Haiss, cepat betul masa berlalu. Dan hanya tinggal dua hari sahaja sebelum Ramadhan benar-benar meninggalkan kami, dan jelmalah Syawal. Baiklah, secara jujur, bulan ini, saya melakukan banyak sesi membeli-belah. Dan saya tidak mempunyai 'barang' terakhir yang saya beli. Namun, saya mempunyai 'barang-barang' terakhir yang saya beli! Hahah! Maaf lah, saya ni boleh digelar sebagai 'shopaholic'. Diantara barang-barang yang terakhir saya beli, ialah, shawl-shawl dari Insta Shop 'Hijabified Sg', kasut tinggi dari 'The Editor's Market', minyak wangi dari 'Victoria Secret' dan henna cone dari bazaar geylang. Ini sahaja yang saya beli pada bulan ini! Hahaha. Baki duit saya yang lain, sudah habis saya gunakan untuk membeli makanan di bazaar, terutama sekali, membeli Dendeng kegemaran saya! 


Shawl ini, saya beli dengan harga yang murah! Promosi promosi! Chehh hahaha! Selalu, kita lihat di Insta Shop, shawl-shawl nye dijual dengan harga dari lingkungan $12-$20. Tetapi, saya beli dengan harga $9 bagi satu shawl. Lebih murah daripada kedai-kedai lain yang menjual sama benda. 


Kasut ini pula, saya beli untuk pakaian basahan, bukan lah untuk raya. Harga nya juga tidak mahal, murah sahaja. 


Inilah diantara minyak wangi-minyak wangi yang saya gemari. Bau nya seperti gula-gula. Dan murah sahaja! Sila beli ya, semua! 


Inilah barang terakhir saya beli! Henna cone saya, yang besar sais nya daripada sais yang biasa. Harganya hanyalah $10 bagi satu tube, dan warna juga lawa! Nak pakai inai, tak perlu pergi ke bazaar dan menyuruh orang membuatkannya! Beli sendiri, dan buat lah sendiri! Ini sahaja daripada saya. 

       

Wednesday, 23 July 2014

Gambar tempat makan kegemaran saya


Sesungguhnya, saya mempunyai banyak tempat makan saya gemar mengunjungi. Ada gerai makanan segera, ada kafè, ada restoran dan macam-macam lagi. Secara jujur, saya sanggup menghabiskan duit saya terhadap makanan. Jika saya mempunyai $20 di dalam dompet saya, saya akan menghabiskannya dengan membeli sebanyak makanan yang mungkin. Saya juga sanggup membeli satu tub ais krim yang berjumlah $20. 

Bagi gerai makanan segera, saya selalu pergi ke Mc Donalds, KFC, Long John Silver dan Burger King. Di Mc Donalds, saya selalu order 'Mc Chicken meal' dan pada saat ini, makanan kegemaran saya disitu ialah 'Copa Banana Pie'! Heh. Jika di KFC pula, saya harus makan Crispy Chicken nye dan tart telur nya. Manakala di Long John Silver, dan Burger King, saya menyuruh ibu saya memesan kan makanan untuk saya. 



Oh! Sebelum saya lupa, saya ingin memberitahu anda bahawa anda harus cuba Kafè La Marelle di arab street kerana kek keju nya, sungguh enak! Mmmdaaapp! Dan di I.AM Kafè pula, kek RVC nye juga sedap. Tetapi sedih, ia tidak dapat melawan kek RVC kawan saya, Anis. Hahah! Cheh!




Inilah jenis-jenis kek yang dijual di I.AM Kafè di Arab Street juga. Sedap mmmm harus cuba ya semua! Lepas puase boleh ramai-ramai kita serbu. 

Tuesday, 22 July 2014

Majlis perkahwinan idaman saya

Astaghafirullah.. Dalam banyak-banyak topik, topik inilah yang kalau boleh, saya tidak mahu buat. Haha! Tapi tidak mengapa. Apa salahnya saya cuba kongsikan idea saya bersama anda bukan? Hmmm, majlis perkahwinan saya yang pernah saya bayangkan ialah seperti ala-ala tumblr gitu. Saya tidak mahu yang mewah-mewah, ataupun yang mahal. Saya lebih suka jika ia hanyalah sederhana dan kebanyakan bendanya, boleh saya buat sendiri. Jumlah yang harus dikeluarkan juga, haruslah berpatutan dengan bujet saya. Tidak perlu mahal-mahal, walaupun ada yang mengatakan, jika jadi raja sehari, haruslah kelihatan lain daripada yang lain. Jikalau lain daripada yang lain, tetapi banyak hutang, tak ke menyusahkan diri? Boleh kita gunakan duit belen untuk ke bulan madu. Chehh! Hahah! Inilah contoh-contoh majlis perkahwinan yang saya inginkan.





Saya inginkan majlis perkahwinan di taman ataupun tempat yang bernawa dingin. Bagi kos-kos lain seperti juru kamera, mak andam, dan lain-lain lagi, saya tidak akan mengambil orang-orang yang handal untuk melakukannya. Jika saya boleh menyuruh kawan-kawan saya melakukannya, ia dapat mengurangkan kos pembelanjaan. Contohnya, pada malam berinai, penggunaan inai itu saya boleh melakukannya sendiri. Ia sudah dapat menggurangkan jumlah wang sebanyak $350-$500. Namun ini hanya sekadar apa yang saya bayangkan untuk majlis perkahwinan saya. 




Gambar haiwan yang saya ingin jadikan haiwan peliharaan

Haiwan, haiwan dan haiwan. Ada bermacam-macam jenis haiwan yang boleh kita jadikan ia sebagai binatang peliharaan kita. Diantaranya, anjing, kucing, tikus, arnab, hamster dan lain-lain lagi. Tetapi, hanya ada satu haiwan yang saya ingin jadikannya sebagai haiwan peliharaan saya. 

                                  

Comel kan!!!!! Saya inginkan seekor anak kucing yang boleh sapa pelihara sehingga ia besar, sebagai haiwan peliharaan saya. Jika saya mempunyai seekor anak kucing, saya akan menggelarkannya sebagai 'Arya'. Gelaran ini hanya gelaran semata-mata, bukan dari nama sesiapa tetapi daripada nama watak cerita Game of Thrones. Mungkin ade sesetengah orang fikir bahawa saya tidak suka akan binatang, tetapi anggapan mereka semua salah. Saya amat sayangkan binatang, seperti mana saya sayangkan ayam goreng sehinggakan saya harus memakannya. Hahaha! 

Selain daripada itu, saya akan menyediakan tempat penginapan yang sesuai dan akan mengajarnya. Kucing saya bukan hanya sekadar binatang peloharaan saya, malah saya akan membuatnya seperti sahabat karib saya. Jika saya sedih, saya akan memeluknya. Jika saya bahagia, saya akan memeluknya juga. Sambil berbual-bual dengannya seolah-olah dia memahami apa yang saya bualkan. Saya selalu impikan mempunyai seekor anak kucing. Namun, disebabkan ibu saya tidak begitu gemar dengan kucing, saya tidak dapat memeliharanya. Bayangkan bangun dari tidur uang dikejutkan oleh kucing anda. Fuhhh gerek benar! Hahahahhahaahh! XD Ini sahaja tentang binatang peloharaan saya yang saya inginkan heh.

Sunday, 20 July 2014

Betapa penting pendidikan bagi saya?

Pada zaman sekarang, perkara yang boleh membentukkan masa hadapan kita dengan sempurna ialah pelajaran. Maka untuk mempunyai pelajaran yang cukup, kita memerlukan pendidikan sepenuhnya dan pendidikan yang mantap dan kukuh,myang boleh membantu kami mendapatkan pelajaran yang sempurna. 

Pendidikan amatlah penting kerana ia bukan sahaja dapat membentuk masa hadapan kita, namun ia juga memegang status kita sebagai seseorang. Pendidikan di semua sekolah hanyalah sama. Namun, apa yang membezakan pendidikan di sekolah sekular dan pendidikan di madrasah ialah jumlah subjek dan keistimewaan pelajar-pelajarnya. 

Mungkin pada zaman sekarang, pendidikan sekular amatlah penting, dan tidak ramai yang menghiraukan tentang pendidikan agama. Tetapi, apa yang orang luar lali ialah mengenai betapa pentingnya pendidikan agama. Semua amatlah tekun mengejar pendidikan sekular kerana mereka mempercayai, ia akan membantu mereka mendapatkan masa hadapan sempurna dengan sepenuhnya. Namun, pendidikan agam lah yang akan dapat membantunkita, kerana pendidikan agama Islam datangnya daripada Al-Quraan, iaitu sumber kejayaan kami, dan ia juga dikatakan sebagai 'Manual hidup seorang muslim' ataupun 'Book of guidance in a life of a Muslim'.

 Bagi saya, kita harus seimbangkan pendidikan agama dan pendidikan sekular di dalam hidup kita. Kita juga harus rebutkan ilmu kedua-dua pendidikan jika kita ingin menjadi seorang yang terkenal dan jika kita ingin menjadi seseorang yang bermakna dalam hidup kita sendiri. Makin lama, makin penting sebuah pendidikan itu di dalam hidup seseorang. Ia hanyalah bergantung kepada seseorang itu, jika dia ingin mengambil pendidikan ini sebagai sesuatu yang penting dalam hidupnya, ataupun tidak. 

Gambar bersama sahabat baik yang paling saya suka

    Secara jujur, saya mempunyai satu sahabat baik yang samat saya sayangi dan yang amat rapat dengan saya. Namu saya tidak mempunyai gambar bersamanya kerana saya jarang bertemu dengannya memandangkan kami berdua amat lah sepibuk dengan kerja sekolah. 

Tetapi, saya juga mempunyai ramai lagi sahabat baik yang amat saya sayangi. Dan gambar ini, adlah gambar yang paling saya sukai dan cintai. Ia menunjukkan bahawa persahabatan kami amatlah kuat dan akan kekal sehingga ke syurga In shaa allah! Ia juga menunjukkan bahawa kami akan sentiasa bersatu walaupun kami harus menempuhi banyak cabaran dan rintangan. Ia menunjukkan bahawa kekuatan persahabatan kami dapat melawan segala cabaran dan kami telah berjaya penempuhi cabaran-cabaran itu bersama. 

Pada tahun itu, kami mempunyai banyak, ataupun terlampau banyak kejadian yang berlaku, namun, di sebalik kejadian-kejadian itu, ada juga memori-memori manis yang mampu membikin kami semua tersenyum jika mengingatinya. Bagi saya, gambar ini mempunyai macam-macam cerita dan makna yang tersirat di sebaliknya. Ia juga mampu membuat saya terkenang saat kami semua bersatu dan bergembira bersama. Jalinan persahabatan kami mungkin tidak sekukuh sebelum ini, namun saya percaya kami semua sedang cuba untuk menegakkan jalinan ini sekukuh mungkin walaupun jika ia tidak sama kukuhnya swperti dahulu. Inilah gambar yang amat bermakna buat saya. 10 tahun kami bersama, semoga kami akan terus bersama sehingga ke Syurga, In Syaa Allah amiin!