Saya inginkan majlis perkahwinan di taman ataupun tempat yang bernawa dingin. Bagi kos-kos lain seperti juru kamera, mak andam, dan lain-lain lagi, saya tidak akan mengambil orang-orang yang handal untuk melakukannya. Jika saya boleh menyuruh kawan-kawan saya melakukannya, ia dapat mengurangkan kos pembelanjaan. Contohnya, pada malam berinai, penggunaan inai itu saya boleh melakukannya sendiri. Ia sudah dapat menggurangkan jumlah wang sebanyak $350-$500. Namun ini hanya sekadar apa yang saya bayangkan untuk majlis perkahwinan saya.
Tuesday, 22 July 2014
Majlis perkahwinan idaman saya
Astaghafirullah.. Dalam banyak-banyak topik, topik inilah yang kalau boleh, saya tidak mahu buat. Haha! Tapi tidak mengapa. Apa salahnya saya cuba kongsikan idea saya bersama anda bukan? Hmmm, majlis perkahwinan saya yang pernah saya bayangkan ialah seperti ala-ala tumblr gitu. Saya tidak mahu yang mewah-mewah, ataupun yang mahal. Saya lebih suka jika ia hanyalah sederhana dan kebanyakan bendanya, boleh saya buat sendiri. Jumlah yang harus dikeluarkan juga, haruslah berpatutan dengan bujet saya. Tidak perlu mahal-mahal, walaupun ada yang mengatakan, jika jadi raja sehari, haruslah kelihatan lain daripada yang lain. Jikalau lain daripada yang lain, tetapi banyak hutang, tak ke menyusahkan diri? Boleh kita gunakan duit belen untuk ke bulan madu. Chehh! Hahah! Inilah contoh-contoh majlis perkahwinan yang saya inginkan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment