Tetapi, saya juga mempunyai ramai lagi sahabat baik yang amat saya sayangi. Dan gambar ini, adlah gambar yang paling saya sukai dan cintai. Ia menunjukkan bahawa persahabatan kami amatlah kuat dan akan kekal sehingga ke syurga In shaa allah! Ia juga menunjukkan bahawa kami akan sentiasa bersatu walaupun kami harus menempuhi banyak cabaran dan rintangan. Ia menunjukkan bahawa kekuatan persahabatan kami dapat melawan segala cabaran dan kami telah berjaya penempuhi cabaran-cabaran itu bersama.
Pada tahun itu, kami mempunyai banyak, ataupun terlampau banyak kejadian yang berlaku, namun, di sebalik kejadian-kejadian itu, ada juga memori-memori manis yang mampu membikin kami semua tersenyum jika mengingatinya. Bagi saya, gambar ini mempunyai macam-macam cerita dan makna yang tersirat di sebaliknya. Ia juga mampu membuat saya terkenang saat kami semua bersatu dan bergembira bersama. Jalinan persahabatan kami mungkin tidak sekukuh sebelum ini, namun saya percaya kami semua sedang cuba untuk menegakkan jalinan ini sekukuh mungkin walaupun jika ia tidak sama kukuhnya swperti dahulu. Inilah gambar yang amat bermakna buat saya. 10 tahun kami bersama, semoga kami akan terus bersama sehingga ke Syurga, In Syaa Allah amiin!
Salam buat kali terakhir hek hek. Gambar itu paling saya suka ! Cantik sangat :') Saya setuju dengan awak bahawa inilah persahabatan yang amat indah yang pernah dijalinkan antara kami semua. Hehe bahasa awak baik cuma .. typo awak amboi membuat saya ketawa !
ReplyDelete