Sunday, 20 July 2014

Lagu kegemaran saya 🎧

"Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku

Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu"

Boleh kah anda teka lagu apakah ini? Hah! Inilah lagu kegemaran saya pada waktu ini! Lagu yang berjudul 'Ramadan' oleh Maher Zain. Memandangkan kebanyakan lagu kegemaran saya ialah lagu Inggeris, maka saya memilih lagu ini. Sekarang juga, kami berada di dalam sepuluh hari terakhir Ramadan, dan pabila saya mendengar lagu ini, ia mengingat kan saya tentang betapa bermaknanya Ramadan kepada saya. Dan apabila kami tahu bahawa Ramadan juga akan meninggalkan kami tidak lama lagi, ia amat menyedihkan saya. 

Ramadan lah satu-satunya bulan, dimana setiap umat Islam di seluruh dunia menanti-nantikan pertibaannya, tetapi sukar bagi kami untuk meninggalkannya. Namun, tidak semua umat Islam menyambut ketibaan dan pemergian bulan mulia ini dengan keadaan bahagia. Lihat lah saudara kita yang berada di Palastin, yang berpuasa di dalam suasana peperangan. Ini membuat saya sedih, memikirkan betapa susahnya mereka disana, bagaimana mereka bersahur dan berbuka dalam keadaan ketakutan dan menyedari bahawa nyawa mereka hanyalah dihujung jari mereka. 

Walaupun lirik lagu ini tidak mempunyai apa-apa kena mengena dengan apa yang saya rasakan, tetapi ia mampu membuat saya sedar tentang segala apa yang terjadi di dunia ini dalam bulan yang suci ini. Tetapi ini hanya lah apa yang saya rasakan. Jika pemergiaan Ramadan ini tidak menyedihkan kami semua, maka bersedihlah, kerana takut jikalau tahun ini, tahun terakhir buat kita menyambut bilan suci ini, iaitu bulan Ramadhan. Saya juga ingin berpesan, sibuk kan lah diri anda pada sepuluh hari terakhir Ramadan ini dengan beribadah dan Qiyamulail supaya kami dapat mengejar malam Lailatul Qadr :) 

No comments:

Post a Comment