Comel kan!!!!! Saya inginkan seekor anak kucing yang boleh sapa pelihara sehingga ia besar, sebagai haiwan peliharaan saya. Jika saya mempunyai seekor anak kucing, saya akan menggelarkannya sebagai 'Arya'. Gelaran ini hanya gelaran semata-mata, bukan dari nama sesiapa tetapi daripada nama watak cerita Game of Thrones. Mungkin ade sesetengah orang fikir bahawa saya tidak suka akan binatang, tetapi anggapan mereka semua salah. Saya amat sayangkan binatang, seperti mana saya sayangkan ayam goreng sehinggakan saya harus memakannya. Hahaha!
Selain daripada itu, saya akan menyediakan tempat penginapan yang sesuai dan akan mengajarnya. Kucing saya bukan hanya sekadar binatang peloharaan saya, malah saya akan membuatnya seperti sahabat karib saya. Jika saya sedih, saya akan memeluknya. Jika saya bahagia, saya akan memeluknya juga. Sambil berbual-bual dengannya seolah-olah dia memahami apa yang saya bualkan. Saya selalu impikan mempunyai seekor anak kucing. Namun, disebabkan ibu saya tidak begitu gemar dengan kucing, saya tidak dapat memeliharanya. Bayangkan bangun dari tidur uang dikejutkan oleh kucing anda. Fuhhh gerek benar! Hahahahhahaahh! XD Ini sahaja tentang binatang peloharaan saya yang saya inginkan heh.
Salam lagi .. Hmmmm peloharaan kekekekeke .. Pertama sekali, gambar itu comel sekali ! Saya setuju !!! Wow memang saya tidak sangka bahawa awak, khxlxxsx sukakan kucing kerana luaran awak nampak tegas (sikit je).
ReplyDelete