Astaghafirullah! Kenapa 'keju' (cheesy) sangat ni cikgu?? Hahaah! Maaf kalau tak sampai! Dan, Astaghafirullah! Haram haram! Cheh, sekali ini sekadar temu janji dengan ibu eh. Haha maaf kalau tak sampai lagi! Ya allah! Kenapa lah dengan saya ni..
Baiklah, secara jujur, saya tidak mempunyai sebarang idea tentang temu janji pertama yang sempurna. Kerana, saya tidak dapat bayangkan diri saya sendiri pergi ke temu janji pertama bersama seseorang. Kelaka sangat bagi saya. Mungkin tajuk blog saya ini menghad kan kepada temu janji pertama bersama teman lelaki, maka saya akan cuba bayangkan temu janji saya yang mungkin tidak akan terjadi. Haha!
Secara jujur, saya ingin kan temu janji saya dibuat di taman tema ataupun 'theme park'. Mungkin kebanyakan ingin mempunyai temu janji pertama mereka sebagai temu janji yang romantis. Namun, itu tidak akan terjadi buat saya. Saya tidak suka perkara-perkara yang terlampau romantis kerana kadang kala, ia akan membuat saya rasa jijik dan ingin muntah. Haha! Saya inginkan temu janji saya di taman tema kerana disitu, saya boleh bersuka ria juga, dan disitu, seseorang itu boleh melihat diri saya sebenar. Bagaimana gelagat saya yang kurang sabar, yang amat aktif dan suka bersuka ria.
Jika temu janji saya adalah temu janji yang romantis, percayalah, sesiapa upyang pergi ke temu janji romantis itu akan berlakon dan tidak akan menonjolkan diri mereka yang sebenar. Mereka akan menjadi orang yang tersipu-sipu malu, walaupun mereke sebenarnya orang yang kecoh. Ini pendapat saya lah. Haha! Saya juga lebih suka jika kita berkenal dalam keadaan yang bahagia dan kami berdua dapat bersuka ria, supaya ia tidak akan membuat kami berdua berasa janggal ketika bersama pada temu janji pertama itu.
Saya juga tidak ingin kan temu janji itu sangat sempurna ataupun sempurna, kerana tidak ada sesuatu itu yang sempurna. Jika temu janji ini tidak sempurna, saya akan redha. Cheh! Berangan sahaja. Hahah! Namun, saua tahu ini tidak akan terjadi kerana ini hanyalah apa yang saya bayangkan dan mendapat idea melalui filem-filem Inggeris. Mungkin satu hari nanti, saya akan mempunyai temu janji pertama spdengan seseorang, tapi saya tidak mengharapkan apa-apa yang sebegini ataupun romantis. Hahaha!
P/ss : Kepada semua, ini hanya lah rekaan semata-mata, dan bukanlah apa yang anda fikirkan. Saya sedang belajar, dan anda semua juga sedang belajar. Maka, jangan lah fokuskan terhadap temu janji seperti apa yang kami reka. Fokuslah terhadap pelajaran anda yang akan membentuk masa hadapan anda. Ingatlah! Tahun hadapan, peperiksaan A Level dan Diploma ya! Fokus!